TARIKH LAPOR DIRI : 13 JANUARI 2025
UNIT PROMOSI DAN PENGAMBILAN PELAJAR
PROGRAM SEPENUH MASA
- MENJALANKAN PROMOSI PROGRAM SEPENUH MASA KE JMTI
- MENGURUSKAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU
- MENGURUSKAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
- MENJALIN KERJASAMA PROMOSI BERSAMA GURU / KAUNSELOR SEKOLAH
- MENJALIN KERJASAMA PIHAK JMTI BERSAMA KOMUNITI
- MENGADAKAN TAKLIMAT KERJAYA
- MENGADAKAN CERAMAH PROMOSI KEMASUKAN
VIDEO PENERANGAN
- VIDEO KORPORAT JMTI : https://www.youtube.com/watch?v=uzAH90MYq8c&t=2s
- VIDEO LALUAN KERJAYA BERSAMA ALUMNI JMTI : https://www.youtube.com/watch?v=eYCB-54CfrI&t=1134s
JABATAN MEKANIKAL & PENGELUARAN
- VIDEO PENERANGAN MEKATRONIK : https://www.youtube.com/watch?v=n46kAMZFXdk
- VIDEO PENERANGAN PEMESINAN (PEMBUATAN) : https://www.youtube.com/watch?=ZBEp1J5ViwU&t=2284s
JABATAN ELEKTRONIK & KOMPUTER
- VIDEO PENERANGAN KOMPUTER SISTEM : https://www.youtube.com/watch?v=ixyK7-fvMnk
- VIDEO PENERANGAN ELEKTRONIK : https://www.youtube.com/watch?v=BSmB0OAvdoo
IKLAN KEMASUKAN KE JMTI SESI 1/2025
KELEBIHAN KAMI
KENAPA MEMILIH PROGRAM DIPLOMA DI JMTI ?
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN KERAJAAN
100% Milik Kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia
KEMUDAHAN DI ASRAMA
- Sebilik 2 orang
- Penapis Air di Asrama & Bilik Kuliah
- Kemudahan mesin basuh di asrama
- Wifi di Sekitar Asrama & Surau
- Pusat Riadah dan Sukan
MAKAN & MINUM PERCUMA (penghuni asrama sahaja)
- 4x Makan minum percuma bagi pelajar yang menginap di asrama
- Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan minum malam
YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA
Yuran pengajian dan Asrama yang berpatutan serendah RM10.00 sehari @ RM1808.00 untuk setiap semester (6 bulan)
- Yuran Pengajian = RM1500.00 setiap semester
- Yuran Asrama = RM308.00 setiap semester
- Tiada Yuran Pengajian dan Asrama dikenakan pada Semester Akhir (Menjalani Latihan Industri)
Contoh Jumlah Pengiraan Yuran Pengajian & Yuran Asrama sepanjang pengajian :
1. Kemasukan dari SPM
RM1808 x 5 Semester = RM 9040.00
2. Kemasukan dari SKM 3
RM1808 x 2 Semester = RM 3616.00
JANGKAMASA PENGAJIAN
1. Diploma Teknologi dari SPM = 3 Tahun (termasuk 6 bulan Latihan Industri)
2. Diploma Kemahiran Malaysia dari SKM 3 = 18 bulan (termasuk 6 bulan Latihan Industri)
SYARAT KEMASUKAN
Syarat AM Kemasukan ke ILJTM
Tidak buta / buta warna / pekak (tanpa alat bantuan) / ketidakupayaan fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran
Syarat Kemasukan ke JMTI dari SPM :
1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan ke ILJTM.
2. LULUS SPM dengan:
(a) KEPUJIAN salah satu subjek berikut : Matematik / Matematik Tambahan / Sains / Fizik / Kimia / Biologi ; dan
(b) KEPUJIAN dua (2) subjek lain selain subjek di atas
Syarat Kemasukan JMTI dari SKM 3 :
Lulus / Memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang yang sama berpandukan Kod NOSS JPK
SISTEM PEMBELAJARAN
Sistem pembelajaran yang mengandungi elemen Teori 40% dan Amali 60% bagi subjek Teknikal
Selain itu subjek Akademik seperti Bahasa Jepun, JLPT, Matematik, Fizik, English, Agama, Moral, ICT dan Keusahawanan turut diajar di JMTI
PEMBIAYAAN DAN PINJAMAN
Kemudahan sumbangan, pinjaman dan biasiswa seperti
- Pinjaman PTPK
- Dermasiswa b40 JPA
- KWSP
- Zakat
- Perkeso
- Tajaan dari Industri
PERSIJILAN 2 DIPLOMA
Keluaran Pelajar JMTI (lepasan SPM) akan dipersijilkan dengan 2 Diploma
- Diploma Teknologi
- Diploma Kemahiran Malaysia / Tahap 4