Profil Institut


JAPAN MALAYSIA TECHNICAL INSTITUTE (JMTI)

JAPAN MALAYSIA TECHNICAL INSTITUTE (JMTi) telah dicadangkan idea penubuhannya oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994. Hasil kerjasama teknikal dengan negara Jepun, JMTi secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). JMTi dibina di tengah-tengah kawasan perindustrian Bukit Minyak dan menawarkan program latihan peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Menawarkan program pengajian teknikal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara yang mensasarkan 35% tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030. Program-program yang ditawarkan adalah selaras dengan keperluan industri semasa dan menggunakan peralatan serta kemudahan bengkel berteknologi tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat 5 program utama yang ditawarkan iaitu Program Teknologi Kejuruteraan Elektronik, Program Teknologi Kejuruteraan Komputer, Program Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Program Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Program Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu. Selain daripada itu JMTi juga menawarkan program di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). JMTi juga giat menjalankan kursus-kursus jangka pendek kepada komuniti, pekerja-pekerja awam dan swasta.

Institut telah menerima pelbagai pengiktirafan bagi program-program yang dijalankan seterusnya menjadikan graduan kelahiran Institut berkemampuan tinggi untuk merebut peluang pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.