Perutusan Pengarah

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) merupakan salah sebuah institut latihan kemahiran awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. JMTI ditubuhkan melalui kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun pada tahun 1998. 

JMTI mendokong misi Jabatan Tenaga Manusia untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing. Pekerja mahir amat diperlukan oleh negara kita kerana mereka berpotensi membantu dalam peningkatan produktiviti, inovasi, dan pertumbuhan ekonomi. JMTI komited untuk menyumbang ke arah pembangunan pekerja mahir yang diperlukan oleh Malaysia dengan menawarkan kursus-kursus teknikal yang berkualiti bagi mempersediakan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menceburi kerjaya di industri. 

JMTI mempunyai kepakaran dalam empat bidang teknologi iaitu pembuatan, mekatronik, elektronik, dan komputer. Kemahiran teknikal dalam bidang-bidang ini adalah amat diperlukan oleh industri dan terdapat banyak peluang di pasaran pekerjaan bagi graduan yang memiliki kemahiran dalam bidang-bidang ini. Kurikulum dan silibus bagi kursus-kursus kami dibangunkan dengan berpandu kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dengan input dari Jawatankuasa Penasihat Teknikal yang dianggotai oleh pakar-pakar industri. 

Pelajar, ibu bapa, para pekerja, majikan dan orang awam boleh melayari laman web kami untuk melihat kursus-kursus dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JMTI. Kami komited untuk membantu anda mempelajari kemahiran teknikal, dan seterusnya memperoleh kelayakan yang bermanfaat bagi membina kerjaya yang cemerlang. 

Ts. Dr. AZMIR BIN MOHD YUNUS
PENGARAH
Institut Teknikal Jepun-Malaysia
Emel : azmiryunus[@]jtm.gov.my