Secara umumnya, program yang ditawarkan di Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang cekap dan berkemahiran dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, Mekatronik, Elektronik dan Komputer Sistem. Justeru itu, graduan Teknologi Kejuruteraan perlu bersikap inovatif, kreatif dan beretika tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab apabila berada di dunia pekerjaan kelak. Usaha ini adalah selari dengan cabaran revolusi kini yang menuntut  para graduan untuk membangunkan Malaysia sebagai negara perindustrian berpendapatan tinggi serta bermoral dan beretika tinggi.

Program ini dijalankan antara 12 bulan hingga 30 bulan dan 6 bulan Latihan Sambil Bekerja (OJT) bergantung kepada kursus yang dipohon. Di antara program-program sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) mengikut adalah seperti berikut:

 

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI (TAHAP 4 MULTI-TIER) (AMBILAN SKM TAHAP 3)

 

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI (TAHAP 4 SINGLE-TIER)(AMBILAN SPM)

 

PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI (TAHAP 5 MULTI-TIER) (AMBILAN DKM)