PENGENALAN KURSUS:

Diploma Lanjutan Teknologi Mekatronik akan menyediakan dan memberikan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang berikut:

  • Mengurus, menyusun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelan pembangunan projek, sokongan teknikal, pemasangan dan penyelenggaraan sistem automasi industri yang merangkumi pengurusan kos bahan, keselamatan, pemulihan sistem dan penyelenggaraan.
  • Melaksanakan fungsi mereka bentuk sistem automasi industri dalam kerja-kerja pemasangan dan pentauliahan, pemeriksaan dan pemulihan di mana peralatan dan sistem automasi dipasang dan diperlukan.
  • Melaksanakan fungsi pengurusan kejuruteraan automasi perindustrian yang merangkumi aspek peancangan strategic jabatan, belanjawan tahunan, pengurusan sumber manusia dan prestasi pekerja

 

TEMPOH LATIHAN:

1 tahun 6 bulan (2 semester pengajian, 1 semester latihan industri)

 

KELAYAKAN AKADEMIK:

Memiliki Diploma Teknologi JTM dalam bidang Mekatronik ATAU Diploma Teknologi atau Diploma lain yang setaraf dengannya atau (SYARAT WAJIB) memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang MC-091-4. (MC-091-4 : 2013 Pentadbiran Kejuruteraan Automasi Industri – Industrial Automation Engineering Administration)

 

PERSIJILAN:

  1. DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI MEKATRONIK ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) 
  2. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 5 MC-091-5 : 2013 Pengurusan Kejuruteraan Automasi Industri – Industrial Automation Engineering Management ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

STRUKTUR PROGRAM:

Kurikulum Diploma Lanjutan Teknologi Mekatronik memberi tumpuan kepada teori khusus, amalan khusus dan pengurusan kejuruteraan termasuk kursus tambah nilai Bahasa Jepun (Komunikasi). Bidang-bidang pengajian seperti di bawah:

Semester 1

  • Computer Integrated Manufacturing
  • Mechatronic Control
  • Process Control
  • Mechatronic Maintenance
  • Final Year Project I
  • Research Methodology
  • Japanese Communication
  • NCS Core Ability 5

Semester 2

  • Robotic Engineering
  • Automation Communication
  • Project Management
  • Final Year Project II
  • Industrial IoT
  • English Communication
  • Kenegaraan

Semester 3

  • Industrial Training (6 months)

 

KEMUDAHAN MAKMAL:

  • Makmal Robotic
  • Makmal Plant Diagnosis System
  • Makmal Mechatronic
  • Makmal Mechatronic Computer
  • Makmal Process Control
  • Makmal Electric Motor
  • Makmal Factory Automation
  • Makmal Programmable Logic Controller
  • Makmal Hydraulic

 

PELUANG KERJAYA:

Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, pelajar boleh mencari peluang pekerjaan seperti:-

  • Jurutera Sistem Automasi
  • Jurutera Rekabentuk Sistem Automasi
  • Jurutera Penyelenggaran Mesin
  • Pegawai Latihan Vokasional

 

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

PROGRAM SEPENUH MASA