Image

Pejabat Seksyen N6 PLUS Berhad, Jambatan Pulau Pinang, Wilayah Utara telah menganjurkan Program Keselamatan PLUS Bersama Komuniti Lebuhraya Tahun 2023 dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang (JPJ) dan Razim M-Safety Riding Training (RSRT) bertempat di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI). Antara pengisian program yang diadakan adalah Sesi Perkongsian Keselamatan oleh PLUS dan JPJ serta demonstrasi dan praktikal menunggang motorsikal dengan selamat oleh Syarikat RSRT. Program yang disertai oleh kira-kira 120 pelajar dan 25 orang kakitangan JMTI ini diharap mampu memberi pendedahan dan kesedaran dikalangan peserta terhadap kepentingan dan cara menunggang dengan selamat di jalan raya.

Tarikh : 16 Oktober 2023
Tempat : Auditorium JMTI, Aras 2



Klik untuk lebih lanjut