
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) telah mengadakan Perhimpunan Pelajar bersama Pengarah JMTI. Perhimpunan yang julung-julung kali diadakan bersama Pengarah JMTI Ts. Dr. Azmir bin Mohd Yunus dihadiri oleh pelajar dan kakitangan daripada Bahagian Teknologi Komputer dan Bahagian Teknologi Elektronik. Presiden MPP, Saudara Wajdi Luqman bin Yahya telah menyampaikan kata-kata aluan dan membentangkan perancangan MPP bagi aktiviti pelajar yang akan dilaksanakan. Para hadirin juga diberikan taklimat ringkas berkaitan pengisian aktiviti Bulan Sukan Negara oleh Pengerusi Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan Ts. Dr Noor Azam bin Jaafar. Tuan Pengarah Ts. Dr. Azmir bin Mohd Yunus turut menyampaikan amanat sulung beliau kepada pelajar JMTI seterusnya merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat JMTI 2023.
Klik untuk lebih lanjut