
Pada pagi Jumaat, 19 Mei 2023 yang penuh keberkatan, telah diadakan majlis menyantuni pelajar Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) dan sumbangan hari raya. Pelajar yang terlibat adalah daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan anak yatim.
Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Surau Jannatul Firdaus JMTI bersama Pengarah JMTI. Majlis kecil-kecilan ini turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa Surau JMTI.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi surau, Ts. Syafiq bin Ab Wahab dan disusuli dengan ucapan daripada Pengarah JMTI, Ts. Norliza binti Yaakub. Majlis berjalan dengan lancar dan turut disediakan jamuan ringan kepada yang hadir.
Tarikh : 19 Mei 2023
Masa : 10.00 am
Lokasi : Ruang perpustakaan
Klik untuk lebih lanjut