Image
Kursus Pertolongan Cemas dan CPR / AED telah dianjurkan oleh Jawatakuasa Keselamatan dan Kesihatan JMTI dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Pulau Pinang. Kursus selama 2 hari ini telah diadakan pada 5 dan 6 September 2023, bertempat di Auditorium JMTI yang melibatkan seramai 29 orang staf dan kakitangan yang terdiri daripada JK ERT, AUDIT, FAT, LATIHAN dan EKSA. Kursus ini telah dikendalikan oleh dua orang Jurulatih Senior PBSM, Mr Sanjay dan Mr Lim dari PBSM Pulau Pinang.
Tujuan diadakan kursus ini adalah bagi memastikan setiap kakitangan mempunyai pengetahuan asas dalam aspek pertolongan cemas. Selain itu, kursus selama dua hari ini sangat penting dalam memastikan kakitangan dapat memberikan bantuan yang sewajarnya sekiranya berlaku kecemasan di tempat kerja, dalam bas, dan memberikan bantuan di lokasi umum sebagai orang awam. Antara modul yang ditekankan adalah bantuan CPR, pertolongan cemas, dan situasi menyelamat di lokasi kemalangan dan kebakaran. Di akhir program, peserta juga diwajibkan untuk mengambil peperiksaan penilaian.



Klik untuk lebih lanjut