Kursus Etika, Protokol dan Etiket Sosial telah diadakan dengan kerjasama di antara JMTI dan CuteCarry Sdn. Bhd.
Kursus yang disampaikan oleh Tuan Hafiz Mustapha (CuteCarry) ini telah dihadiri oleh kakitangan JMTI dan ILJTM sekitar Pulau Pinang seperti ILP Nibong Tebal, ILP Kepala Batas dan ILP Perai. Tujuan kursus ini dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada semua pegawai tentang tatacara dan protokol yang tepat dalam penganjuran atau melaksanakan majlis di agensi.
Semoga penganjuran kursus ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua peserta.
Klik untuk lebih lanjut
#TVET #TVETMalaysia #JMTI #ILJTM #JTM #AspirasiKecemerlanganTVET