
JMTI telah menerima kunjungan delegasi dari 6 buah Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Zon Pulau Pinang yang terdiri dari 16 orang pegawai yang diketuai oleh En. Mohd Nizam bin Baharuddin untuk lawatan penandaarasan berkenaan pengurusan kualiti dan juga OSHA. Perkongsian maklumat telah disampaikan oleh tiga orang pegawai JMTI iaitu En. Mohd Rahim (KB BPPL) berkenaan pengurusan pengambilan dan pendaftaran pelajar, Puan Roszaidah (KB BKKL) berkenaan pelaksanaan latihan dan pengurusan peperiksaan dan persijilan serta En. Kamal Aqili (Ketua Auditor JKKP) berkenaan pelaksanaan audit dan aktiviti jawatankuasa kesihatan dan pekerjaan JMTI.Wakil dari KV juga turut berkongsi tentang pelaksanaan pengurusan kualiti yang sedang dijalankan di peringkat KV semasa sesi perbincangan tersebut.
Pihak insitut dan KV akan saling bekerjsama dalam berkongsi pengalaman dan kaedah pengurusan dan latihan bagi merealisasikan hasrat untuk memperkasakan bidang TVET di negara ini.
Tarikh : 10 Ogos 2023
Klik untuk lebih lanjut


