JMTI, 8 SEPTEMBER 2017 (JUMAAT) - Kejohanan Bola Tampar Campuran Piala Persekutuan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 telah diadakan pada 6 hingga 7 September 2017 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang. Team Bola Tampar JMTI telah berjaya memenangi pingat gangsa dalam kejohanan tersebut yang melibatkan 9 pasukan. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pembangunan Persukutuan Pulau Pinang (ICU).
Syabas kepada Team Bola Tampar JMTI.