TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR BAHARUKE JMTI SESI 2/202422 JULAI 2024

Image


UNIT PROMOSI DAN PENGAMBILAN PELAJAR

 

PROGRAM SEPENUH MASA

  1. MENJALANKAN PROMOSI KEMASUKAN PROGRAM SEPENUH MASA KE JMTI
  2. MENGURUSKAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU
  3. MENGURUSKAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
  4. MENJALIN KERJASAMA PROMOSI BERSAMA GURU / KAUNSELOR SEKOLAH
  5. MENJALIN KERJASAMA PIHAK JMTI BERSAMA KOMUNITI
  6. MENGADAKAN TAKLIMAT KERJAYA
  7. MENGADAKAN CERAMAH PROMOSI KEMASUKAN

10 FAKTA MENARIK JMTI

Image

IKLAN KEMASUKAN KE JMTI SESI 1/2024

Image

LALUAN KERJAYA & AKADEMIK LEPASAN JMTI

Image

KELEBIHAN KAMI

KENAPA MEMILIH PROGRAM DIPLOMA DI JMTI ?

INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN KERAJAAN

100% Milik Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Manusia

KEMUDAHAN DI ASRAMA

  1. Sebilik 2 orang
  2. Air Tapis Coway di Asrama & Surau
  3. Kemudahan mesin basuh di asrama
  4. Wifi di Sekitar Asrama & Surau
  5. Pusat Riadah dan Sukan

PEMBIAYAAN DAN PINJAMAN

Kemudahan sumbangan, pinjaman dan biasiswa seperti

  1. Pinjaman PTPK
  2. Dermasiswa b40 JPA
  3. KWSP
  4. Zakat
  5. Perkeso

SYARAT KEMASUKAN

Syarat AM Kemasukan ke ILJTM

Tidak buta / buta warna / pekak (tanpa alat bantuan) / ketidakupayaan fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran

Syarat Kemasukan ke JMTI dari SPM :

1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan ke ILJTM.

2. LULUS SPM dengan:

(a) KEPUJIAN salah satu subjek berikut : Matematik / Matematik Tambahan / Sains / Fizik / Kimia / Biologi ; dan

(b) KEPUJIAN dua (2) subjek lain selain subjek (a);

Syarat Kemasukan JMTI dari SKM 3 :

Lulus / Memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang yang sama berpandukan Kod NOSS JPK

MAKAN & MINUM PERCUMA (penghuni asrama sahaja)

  1. 4x Makan minum percuma bagi pelajar yang menginap di asrama
  2. Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan minum malam

SISTEM PEMBELAJARAN

Sistem pembelajaran yang mengandungi elemen Teori 40% dan Amali 60% bagi subjek Teknikal

Selain itu subjek Akademik seperti Bahasa Jepun, Matematik, Fizik, English, Agama, Moral, ICT dan Keusahawanan turut diajar di JMTI

YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA

Yuran pengajian dan Asrama yang berpatutan serendah RM10.00 sehari @ RM1858.00 untuk setiap semester (6 bulan)

  1. Yuran Pengajian = RM1500.00 setiap semester
  2. Yuran Asrama = RM308.00 setiap semester
  3. Bayaran Mesin Basuh = RM50.00 setiap semester
  4. Tiada Yuran Pengajian dan Asrama dikenakan pada Semester Akhir (Menjalani Latihan Industri
Contoh Pengiraan :
RM1858 x 5 Semester (Kemasukan SPM)
RM1858 x 2 Semester (Kemasukan SKM 3)

PERSIJILAN 2 DIPLOMA

Keluaran Pelajar JMTI (lepasan SPM) akan dipersijilkan dengan 2 Diploma

  1. Diploma Teknologi
  2. Diploma Kemahiran Malaysia / Tahap 4

JANGKAMASA PENGAJIAN

1. Diploma Teknologi lepasan SPM = 3 Tahun (termasuk 6 bulan Latihan Industri)
2. Diploma Kemahiran Malaysia lepasan SKM 3 = 18 bulan (termasuk 6 bulan Latihan Industri)

Image