JMTI, 12 Julai 2018- Satu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat JMTI telah diadakan. Sambutan besar-besaran ini melibatkan semua kakitangan dan pelajar JMTI, serta jemputan untuk wakil-wakil industri dan ILJTM yang berdekatan. Selain itu, turut dipertandingkan adalah booth raya terbaik. Booth raya terbaik dimenangi oleh Jabatan Teknologi Komputer dengan tema 'Arabian Night'. Pelbagai juadah telah disediakan dan disaji kepada pengunjung yang hadir. Sambutan turut dimeriahkan dengan dendangan lagu Raya oleh wakil MPP. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.