28 Jun 2018 - Satu program temuduga terbuka telah diadakan di JMTI. Seramai 32 buah syarikat turut serta dalam menjayakan program tersebut. Program tersebut diadakan di Lobi Utama JMTI bermula jam 9.00 am hingga 4.00 pm. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu semua pelajar lepasan bidang teknikal/TVET negeri Pulau Pinang yang mencari pekerjaan segera dan belia Pulau Pinang yang menganggur dan tidak mempunyai peluang dan kelayakan akademik yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan dalam agenda mentransformasi belia luar bandar. Program Temuduga terbuka ini menawarkan kekosongan jawatan sebanyak 2736 kekosongan jawatan terutama dalam bidang teknikal.

Berbanding dengan penganjuran temuduga terbuka sebelum ini, penganjuran kali ini juga turut meraikan sambutan 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Jepun dan juga penubuhan 20 tahun JMTI. Sehubungan dengan itu, perasmian penutup telah  dirasmikan oleh Shinichiro Kanoya, Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang. JMTI merupakan hasil kejayaan Dasar Padang Ke Timur yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mathathir Mohamad pada tahun 1993 dan memulakan operasinya pada 1998. Diawal penubuhannya, JMTI menawarkan program peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam bidang mekatronik, komputer, pembuatan dan elektronik. Pada tahun 2006, program Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan telah diperkenalkan. Temuduga Terbuka ini diadakan sebanyak 2 kali setahun di JMTI. 

 

 

 28 Jun 2018 - Satu program temuduga terbuka telah diadakan di JMTI. Seramai 32 buah syarikat turut serta dalam menjayakan program tersebut. Program tersebut diadakan di Lobi Utama JMTI bermula jam 9.00 am hingga 4.00 pm. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu semua pelajar lepasan bidang teknikal/TVET negeri Pulau Pinang yang mencari pekerjaan segera dan belia Pulau Pinang yang menganggur dan tidak mempunyai peluang dan kelayakan akademik yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan dalam agenda mentransformasi belia luar bandar.