JMTI, 13 September 2018 - Majlis perasmian penutup Program Antarabangsa Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) telah diadakan di Auditorium JMTI dari jam 11 pagi hingga 1 petang. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zaihan bin Shukri, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Turut hadir adalah Duta Negara Jepun, Mr. Orikasa (Deputy Head of Mission of Embassy of Japan) dan Mr. Hiromichi Sakai (Health, Labor & Welfare Attaché), Duta Indonesia Mr Agus Badrul Jamal, Wakil SUB (Dasar) KSM – Urusetia IMTGT, En Abdul Kahar Latif, Pengarah JPK Wilayah Utara En. Mohd Azmir Bin Ahmad, Pengarah JKKP Pulau Pinang, Ir.Mohd Rosdee Bin Yaacob, Pengarah PERKESO Pulau Pinang Tn.Hj Othman Bin Mohd Nordin, Pengarah JPP Pulau Pinang, Pengurus NIOSH Wilayah Utara, Pengerusi Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang, Pengarah ILP Perai dan Pen. Pengarah PTK Georgetown. Seramai 7 orang peserta dari negara Thailand dan Indonesia telah menyertai program IMT-GT. Manakala seramai 10 orang peserta yang terdiri dari negara Laos, Cambodia, Vietnam, Indon, Filifina dan Myanmar menyertai program MTCP Embedded System Technology. Bagi program  MTCP Pneumatic Control and Maintenance ianya disertai oleh 5 orang peserta dari negara Mauritius dan Myanmar. Program tersebut berlangsung pada 28 Ogos 2018 hingga 15 September 2018.