Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) 2017

JMTI, 5 OKTOBER 2017 (KHAMIS) - Satu Program Antarabangsa iaitu Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) Bidang Teknologi Komputer telah diadakan di JMTI dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN). Program yang berlangsung 18 hari tersebut bermula pada 18 September 2017 sehingga 5 Oktober 2017. Seramai 10 orang peserta dari 7 buah negara Asia telah menyertai program tersebut antaranya negara Cambodia, Vietnam, Filifina, Bangladesh, Maurituis, Maldives dan Sri Lanka. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Malaysia ke arah mempromosikan kerjasama teknikal di kalangan negara-negara membangun, pengukuhan kerjasama serantau dan sub-serantau, serta memupuk kemandirian kolektif di kalangan negara-negara membangun. Majlis penutup telah diadakan pada 5 Oktober 2017 dimana ianya telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JTM YBHG. Dato' Sri Nadzri Bin Siron serta dihadiri wakil MTCP.

Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program MTCP 2017.

 

 

 

 Maklumat lanjut mengenai program MTCP boleh rujuk di laman web MTCP  http://mtcp.kln.gov.my/about-mtcp

 

 

 

Related Articles