JMTI, 21 Julai 2018- Seramai 34 orang Ahli-ahli Kelab Kebudayaan Jepun dan Kelab Kebudayaan JMTI diiringi pengajar Jabatan Pengajian Am En. Shaiful Bin Bahari telah menyertai aktiviti Bon Odori 2018 yang telah diadakan di Esplanade Pulau Pinang. Program tersebut telah dianjurkan oleh Konsulat Jepun Pulau Pinang yang berlansung dari jam 6.00 pm hingga 10.30 pm. Bon Odori adalah sejenis tarian Festival Bon dimana ianya adalah perayaan Buddha Jepun yang meraikan roh nenek moyang.