Image

Program CSR Wira Kesuma telah diadakan bertempat di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh. Program ini telah disertai oleh 33 orang pelajar yang diiringi oleh 5 orang Pegawai Pengiring.

Selain menjalinkan hubungan yang erat bersama komuniti setempat dan promosi bagi Institut Teknikal Jepun-Malaysia, program ini juga bertujuan untuk membantu pihak masjid membuat persiapan awal bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Semoga usaha murni ini dapat memberikan persekitaran masjid yang selesa dan kondusif kepada komuniti setempat. Terima kasih diucapkan kepada para pelajar JMTI, staf dan JK masjid yang terlibat kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini.

Klik untuk lebih lanjut 

#TVETDIGITAL #jommasukjmti

#TVET #TVETMalaysia #JMTI #ILJTM #JTM #AspirasiKecemerlanganTVET

#KSM