JMTI, 26 September 2018 - Satu program antarabangsa telah diadakan di JMTI iaitu program Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) dan Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle (IMT-GT). Seramai 7 orang peserta dari negara Thailand dan Indonesia telah menyertai program IMT-GT. Manakala seramai 10 orang peserta yang terdiri dari negara Laos, Cambodia, Vietnam, Indon, Filifina dan Myanmar menyertai program MTCP Embedded System Technology. Bagi program  MTCP Pneumatic Control and Maintenance ianya disertai oleh 5 orang peserta dari negara Mauritius dan Myanmar. Program tersebut berlangsung pada 28 Ogos 2018 hingga 15 September 2018.