JMTI, 5 September 2018 - Seramai dua orang pelajar JMTI telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Asean Skills Competition (ASC) 2018 yang telah diadakan di Bangkok, Thailand dalam bidang CNC Maintenance. Pertandingan ASC 2018 diadakan dari 26 Ogos 2018 hingga 5 September 2018. JMTI diwakili oleh pelajar dari Teknologi Kejuruteraan Mekatronik,Wan Muhammad Haziq bin Wan Kamarul Azmani dan pelajar dari Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, Mohamad Abdiellah Bin Md Romli. Pelajar JMTI diiringi oleh pengajar TKP, Encik Fakharuddin Bin Mohd Yusof. Untuk kategori CNC Maintenance, sebanyak empat buah negara terlibat iaitu Vietnam, Thailand, Singapura dan Malaysia. Pelajar JMTI hanya berjaya meraih sijil penyertaan sahaja, walaupun tidak berjaya syabas diucapkan kepada mereka semua. Semoga berjaya di masa akan datang.