Image may contain: 6 people, people standing

Nama Program :Penyerahan Dental Containment Box Kepada Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan

Tarikh : 6.8.2020

Masa : 10.00 pagi

Lokasi : Ruang Lobi JMTI

 

Penyerahan *Dental Containment Box* kepada Pegawai Pergigian Daerah Seberang Perai Selatan, Dr. Umairah Haneem binti Md. Hashim telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JMTI sebentar tadi.

Rekabentuk protective box ini adalah khusus untuk kegunaan di klinik pergigian yang boleh dilaraskan ketinggiannya telah dihasilkan oleh para pengajar di Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, JMTI dengan khidmat nasihat daripada para doktor di Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat dan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan.

Ianya diubahsuai dan ditambahbaik daripada rekabentuk asal intubation box yang telah dihasilkan sepanjang PKP untuk kegunaan saringan pesakit COVID19. Penghasilan base frame serta rack and pinion adalah menggunakan mesin CNC Wire Cut. Bantuan daripada pengajar ILP Perai turut diperolehi bagi membantu mengimpal shaft stainless steel dimana kemudahan tersebut tidak terdapat di JMTI.

Dimaklumkan bahawa inovasi ini selain dapat meningkatkan keselamatan para doktor pergigian daripada jangkitan COVID19, ia juga dapat menambah bilangan pesakit yang boleh dirawat setiap hari dengan pematuhan SOP norma baharu.

 

Lebih Lanjut Sila Klik Disini

 

 

#COVID19 #StaySafe
#jmti #iamjmti #ILJTM #TVET
#PerintahKawalanPergerakan
#CSRJMTI #JMTIbantu #unsungHERO
#jommasukjmti