JMTI, 28 Ogos 2018- Majlis penyerahan bendera dan baju kepada peserta dan jurulatih ASC dan WSMB diadakan di lobi JMTI pada jam 10.00 pagi. Majlis disempurnakan oleh TP(L) JMTI, Pn Junnaina HusiN Chua. Asean Skills Competition diwakili oleh pelajar Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dalam bidang CNC Maintenance. Manakala pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) diwakili oleh pelajar Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dalam Bidang Mechatronics  dan Teknologi Kejuruteraan Komputer dalam bidang IT Software Solution for Business.  ASC akan diadakan di Bangkok, Thailand manakala WSMB akan diadakan di CIAST, Shah Alam. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar JMTI.