PASUKAN JMTI CEMERLANG DI TVET MALAYSIA ROBOT COMPETITION 2017

JMTI, 28 SEPTEMBER 2017 (KHAMIS) - Pertandingan TVET Malaysia Robot Competition 2017 telah berlangsung di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam, Selangor pada 25 hingga 27 September 2017 bersempena pelancaran TVET Malaysia yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.

JMTI menyertai kedua-dua kategori yang dipertandingkan, menghantar 2 pasukan bagi kategori Roborumblez 8kg dan 3 pasukan bagi kategori Autonomous Sumo Robot 3kg.

Pasukan JMTI Warbot A berjaya meraih gelaran Naib Juara Roborumblez 8kg manakala pasukan JMTI Sumobot B memenangi tempat ke-3 Autonomous Sumo Robot.

Keputusan penuh bagi pertandingan yang telah disertai oleh sejumlah 62 pasukan dari pelbagai institusi TVET dan agensi swasta adalah seperti berikut:

*Keputusan TVET Malaysia Robot Competition 2017*

Kategori Roborumblez
Johan : Intrip B (ILP Perai)
N.Johan:JMTI Warbot A (JMTI)
Ke 3. : PRCT 2 (IKTBN Pagoh)
Ke 4. : Lion Rumblez 1(ILP Mersing)
Royal Rumblez : Scorponole Alpha (Rumitech Global Ent)

Kategori Autonomous Sumo Robot
Johan. : Scorp RS1 (ILP P.Gudang)
N.Johan: Simisumo (DH Robotics & Automation)
Ke 3 : JMTI Sumobot B (JMTI)
Ke 4 : Jebat Auto 2(ILP B.Katil)

Best teamwork: Dragon (Bandung, Indonesia)

Ke-3 - ILP Kepala Batas

  

 

 

 

Related Articles