JMTI, 26 Feb. 2018 - Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 telah menganjurkan Minggu Sukan JMTI 2018 yang bermula dari 26 Feb hingga 2 Mac 2018.  Aktiviti sukan ini dibuka kepada staf dan para pelajar. Antara acara yang dipertandingkan adalah  Catur, Futsal, Memanah, Petanque dan Bola Tampar. Acara sukan ini  dikendalikan sepenuhnya oleh MPP  dan dibantu oleh  BPPL dan Unit Sukan JMTI.