JMTI, 7 April 2019 - Satu Majlis Penghargaan daripada Menteri Luar Jepun kepada Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) bertemakan ‘Menggalakkan Hubungan Ekonomi antara Jepun dan Malaysia’ telah diadakan di Auditorium JMTI bermula jam 11 pagi. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Duta Jepun ke Malaysia, H.E Dr. Makio Miyagawa; Menteri Kewangan, Yb Lim Guan Eng; Menteri Sumber Manusia, Yb M. Kula Segaran; Ketua Pengarah Kementerian Sumber Manusia; Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Pengarah JMTI, Ts. Kamaruzaman Bin Hj. Md. Ali. Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian pelbagai etnik Malaysia oleh kumpulan tarian Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pulau Pinang dan persembahan  Cak Lem Pong dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak. Antara intipati majlis adalah, Menteri Sumber Manusia Yb M. Kula Segaran berkata pihaknya akan mengusulkan cadangan kepada Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) untuk mempertimbangkan supaya JMTI dijadikan pusat latihan serantau yang mengetengahkan program latihan dari agensi berkenaan. Cadangan ini selari dengan penubuhan JMTI, malah ia tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan jika JMTI dijadikan pusat latihan serantau JICA dengan ia akan diketengahkan dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Jepun, pada Jun depan.

 

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com