JMTI, 31 Julai 2017 (ISNIN) - Satu Lawatan penanda arasan ke Malaysian-Japan International Institute of Technology telah diadakan oleh pihak pengurusan JMTI. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah JMTI En Zaihan Bin Shukri bermula pada jam 11 pagi bertempat di MJIIT. Tujuan lawatan ini diadakan untuk melihat kemudahan pembelajaran Industri 4.0 yang telah ada dan dijalankan oleh MJIIT.