Pihak JMTI telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), YBr. Tuan Shakib Bin Ahmad Shakir yang mengadakan lawatan kerja ke JMTI pada 11 Mac 2021, Khamis jam 10 pagi. Lawatan Kerja ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan pentadbiran JMTI dan pada masa yang sama menyampaikan amanat kepada kakitangan.

Pelbagai agenda telah diaturkan sepanjang lawatan kerja berkenaan. Selepas sesi jamuan ringan dan fotografi bersama kakitangan, YBr. Tuan Shakib Bin Ahmad Shakir telah di bawa ke Bilik Mesyuarat Utama di Tingkat 5 dan diberi taklimat mengenai program latihan dan hala tuju JMTI oleh Pengarah JMTI iaitu Puan Norliza Bt Yaakub serta sesi perbincangan bersama pihak pengurusan.

Seterusnya beliau telah dibawa melawat ke sekitar bengkel-bengkel latihan untuk mendalami dengan lebih lanjut program latihan yang dilaksanakan oleh pihak institut. Lawatan kemudianya diakhiri dengan sesi makan tengah hari sebelum beliau bertolak ke ILP Kepala Batas pada jam 1.00 tengah hari untuk siri lawatan seterusnya.

Pihak JMTI mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian beliau mengadakan lawatan tersebut dan berharap agar kerjasama yang lebih baik dapat dilaksanakan di antara pihak institut dan ibu pejabat.

[widgetkit id="7"]