JMTI Raih Gangsa Kategori Autonomous Sumo 3 kg di National Robot Challenge 2017

JMTI, 15 Ogos 2017 - Team Robot JMTI berjaya memenangi pingat gangsa bagi kategori Autonomous Sumo 3 kg di National Robot Challenge 2017 yang berlangsung di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam. Daripada 4 buah robot yang dipertandingkan, dua buah robot berjaya pada perlawanan pertama dan layak untuk bertanding ke peringkat seterusnya. Team Robot JMTI berjaya membawa pulang piala dan hadiah cek bernilai RM500. Jurulatih Team Robot JMTI adalah terdiri daripada 5 orang staf iaitu En. Mohd Hafiz, En Mohd Nazri, En.Mohd Najib, En. Fakaruddin dan En. Mohd Rizal. JMTI diwakili seramai 12 orang pelajar dan Kumpulan yang berjaya meraih pingat gangsa diketuai oleh Danial bin sudirman bersama ahli kumpulan iaitu Izzat Bin Sujan dan Nur Haziq Fikri Bin Jasman dari Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dan Pembuatan. 

Syabas kepada Team Robot JMTI, Kejayaan dijulang untuk dipertahankan lagi di masa hadapan.