GET FIT FOR LIFE #FITMALAYSIA #FITPENANG

         Permatang Pauh,  7 APRIL 2018 ( SABTU ) – Kementerian Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan JOM FIT bersama YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan bertempat di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh. Pihak Jmti juga tidak ketinggalan untuk menghantar peserta seramai 85 orang termasuk pelajar dan kakitangan ke acara tersebut. Pelbagai acara dijalankan seperti FITRIDE kategori 10 dan 30km, FITRUN kategori 5 dan 10 km , senamrobik, pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.