Kursus Audit EKSA telah diadakan pada 19-20 Ogos 2019 di Bilik Kuliah CESS Aras 1. Penceramah yang telah dijemput adalah YM Raja Muhammed Bin Raja Daud dari ILP Arumugam Pillai yang merupakan Champion EKSA. Tujuan kursus adalah memberi pendedahan semula kepada semua juruaudit dan ketua zon dalam persedian menghadapi audit persijilan EKSA.
Diadakan pada 15 Ogos 2019 di Makmal KDTS disampaikan oleh Pengerusi JK Latihan, Puan Roszaidah binti Mat Jihin. Tujuan bengkel adalah sebagai persediaan bagi lawatan audit EKSA yang mana menetapkan bahawa pelan lantai sebagai satu keperluan utama dalam permohonan untuk persijilan. Setiap zon telah menghantar wakil bagi menyediakan pelan lantai untuk zon masing-masing.
Pada 8 Ogos 2019 telah diadakan gotong royong EKSA melibatkan pelajar dan kakitangan untuk membersihkan sekitar JMTI.