Bermula dari tarikh 10 Oktober sehingga 17 Oktober 2019, JK Promosi mengadakan pertandingan ‘CABARAN TRANSFORMASI KUBIKEL SIRI 2’ untuk mengekalkan konsistensi kakitangan dalam memastikan kekemasan dan kebersihan kawasan tempat kerja.
Pada 8 Ogos 2019 telah diadakan gotong royong EKSA melibatkan pelajar dan kakitangan untuk membersihkan sekitar JMTI.
Pada 10 Disember 2018, satu lawatan penandaarasan ke ILP Ipoh telah diadakan yang disertai seramai 30 orang kakitangan yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk dan wakil zon. Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi tips dan pengalaman dengan ILP Ipoh yang telah dipersijilkan EKSA dan mendapat kategori Cemerlang. Semasa lawatan, Talimat Pelaksanaan telah disampaikan oleh En. Rhoma selaku Pengerusi Penyeragaman EKSA di ILP Ipoh dan Taklimat Audit EKSA disampaikan oleh Pn Roslina selaku Pengerusi Audit Dalaman ILP Ipoh.
Sesi pembentangan aktivi setiap zon telah diadakan pada 19 Oktober 2018. Setiap zon dihadiri oleh ketua zon atau wakil dan membentangkan projek terkini yang telah dan sedang dijalankan untuk bulan Oktober.
Telah diadakan pada 17 Oktober 2018 melibatkan semua warga JMTI. Aktiviti menyisih, menyusun dan menyeragamkan telah dijalankan di setiap zon. Ini adalah persediaan bagi menghadapi siri audit EKSA secara dalaman dan luaran.
Sesi pembentangan aktivi setiap zon telah diadakan pada 25 Julai 2018. Setiap zon dihadiri oleh ketua zon atau wakil dan membentangkan projek terkini yang telah dan sedang dijalankan untuk bulan Julai.
Pada 06.03.2018, satu Lawatan Penandaarasan QE 5S ke JMTI oleh Delegasi Masjid Jamek Al Insaniah Simpang Ampat Seberang Perai
Tujuan lawatan adalah untuk memahami kaedah bagi memenuhi keperluan QE 5S oleh MPC memandangkan JMTI telah dipersijilkan oleh MPC sebanyak 4 kali.
Semua Delegasi telah dibawa melawat sekitar kawasan JMTI. Antaranya ialah Bilik Mesyuarat Utama, Stok Bahan Latihan, Dewan Makan, Bilik Seminar dan Bengkel latihan
Sesi pembentangan aktivi setiap zon telah diadakan pada 24 Febuari 2018. Setiap zon dihadiri oleh ketua zon atau wakil dan membentangkan projek terkini yang telah dan sedang dijalankan untuk bulan Febuari.