Category Archive AUDIT

Byadmin

MESYUARAT JK AUDIT EKSA

Sesi perbincangan telah diadakan untuk semua JK Audit bagi membincangkan pembahagian tugas semua auditor untuk sesi audit susulan serta kriteria penilaian audit yang perlu dipatuhi.

Byadmin

JEMPUTAN LAWATAN AUDIT KE MASJID JAMEK AL-IHSANIAH, SIMPANG AMPAT

Lokasi: Masjid Jamek Al-ihsaniah, Simpang Ampat

J/K: Audit/ JMTI

Tarikh: 6/9/2018

Masa: 9.00 am – 1.00 pm

Pegawai JMTI :
1) Zambri
2) Sarizan
3) Salahuddin
4) Abg Hussin
5) Pn Rohani & suami

AJK 5s masjid:
1) En Shahidi bin seriff (pengerusi masjid)
2) En Ariff bin Saad (SU masjid)
3) En Anuar b Abd Aziz (tim peng)
4) Pn Fauziah bt Man (Biro muslimat)
5) En Roslan b Hussien (5s auditor)
6) En Yusoff b Ibrahim (5s auditor)
7) En Abd Rahman b Ahmad (Ajk latihan)
8) Hj Osman b Salleh ( Siak)

Perkara yg dibincangkan.

1. Ucapan aluan oleh Tim. Pengerusi masjid En Anuar.

2. Penerangan aktiviti 5s oleh SU yg telah dibuat oleh pihak masjid.

3. MPC dijangka audit pd 17/9/2018 ~ 26/9/2018

4. Sesi pengauditan.

Penemuan alamalan baik / kreativiti & inovasi.
a) sistem kolah menggunakan prinsip bernoulli.
Air ditambah secara automatik tanpa menggunakan float valve (perbezaan tekanan) – langkah penjimatan air sekiranya float valve mengalami kerosakkan

b) tempat gantung cebok yg kemas

c) sistem filing- proses pencarian fail kurang dr 15 saat – perbezaan warna setiap rak

d) terdapat rak utk simpanan rehal yg sistematik..

e) terdapat konsep TAMAN di dlm kawasan masjid..

f) lain-lain – kemas, teratur, tersusun cantik

Penemuan yg perlu ditambah baik.
a) carta gantt perlu ada bg setiap j/k
b) sudut 5s perlu tempat yg lebih strategik utk tatapan org awam..mencadangka agar papan tanda masjid perlu letak logo 5s supaya anak kariah @ org awam lebih prihatin..
c) jadual kebersihan tandas perlu dipaparkan
d) rak tabung perlu ada jumlah tabung utk nyatakan jum. Bil tabung.

Penemuan yg boleh mendatangkan bahaya & salah tatacara penggunaan @ simpanan
a) mesin rumput jenis galas disimpan di dlm stor makanan, pnggan mangkuk..terdapat jg tong2 gas di situ….boleh mendatangkan keracunan & letupan
b) menggunakan tpt gantung fire extinguisher sebagai tempat gantung biji tasbih..boleh mendatang kecederaan fizikal sekiranya org ramai terutamanya bdk2 terjatuh ke situ..
c) bahan chemical sprt tong2 yg diisi dgn klorin/pencuci lantai tiada tanda nama & disimpan dibawah sinki tpt / ruang mkn di luar masjid.
d) cermin yg pecah & digantung xkemas/kuat di tandas OKU…boleh mendatangkan kecederaan yg serius..

Byadmin

AUDIT DALAMAN EKSA

Pada 14-18 Mei 2018 telah diadakan audit dalaman EKSA untuk memantau persekitaran JMTi mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MAMPU. Seramai 11 orang auditor dalaman telah dilantik untuk memastikan semua kriteria EKSA dipatuhi.