Kursus Audit EKSA telah diadakan pada 19-20 Ogos 2019 di Bilik Kuliah CESS Aras 1. Penceramah yang telah dijemput adalah YM Raja Muhammed Bin Raja Daud dari ILP Arumugam Pillai yang merupakan Champion EKSA. Tujuan kursus adalah memberi pendedahan semula kepada semua juruaudit dan ketua zon dalam persedian menghadapi audit persijilan EKSA.
Diadakan pada 15 Ogos 2019 di Makmal KDTS disampaikan oleh Pengerusi JK Latihan, Puan Roszaidah binti Mat Jihin. Tujuan bengkel adalah sebagai persediaan bagi lawatan audit EKSA yang mana menetapkan bahawa pelan lantai sebagai satu keperluan utama dalam permohonan untuk persijilan. Setiap zon telah menghantar wakil bagi menyediakan pelan lantai untuk zon masing-masing.
Pada 9 Julai 2019, JK Latihan telah melawat Dewan Makan JMTI untuk memberi penerangan tentang pelaksanaan EKSA di JMTI yang perlu dibuat oleh kontraktor. Puan Zubaidah yang merupakan Pengurus Dewan Makan yang baru berbesar hati untuk melaksanakan aktiviti EKSA seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa EKSA JMTI.
Pada 3 Julai 2019 telah diadakan sesi taklimat Pelaksanaan EKSA di Auditorium JMTI, yang disampaikan oleh En Mohd Halil, AJK Latihan EKSA. Pelajar baru yang telah mendaftar adalah seramai 205 org. Selain itu, taklimat ini turut dibuat untuk kakitangan baru seramai 4 orang. Semoga dengan maklumat yang disampaikan semua warga baru JMTI akan lebih jelas dan faham kaedah pelaksanaan EKSA dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.
Pada 9 Januari 2019 telah diadakan sesi taklimat Pelaksanaan EKSA di Auditorium JMTI, yang disampaikan oleh En Helmi, AJK Latihan EKSA. Pelajar baru yang telah mendaftar adalah seramai 145 org. Selain itu, taklimat ini turut dibuat untuk kakitangan baru seramai 4 orang. Semoga dengan maklumat yang disampaikan semua warga baru JMTI akan lebih jelas dan faham kaedah pelaksanaan EKSA dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.
Pada 14 hingga 15 November 2018, telah diadakan Kursus Pelaksanaan Horizon Baharu KIK yang telah disampaikan oleh En. Ab Razak bin Omar dari Innovative Business Excellence. Kursus ini telah disertai seramai 20 orang peserta dari JMTI, ILP Perai, ILP Kepala Batas dan Adtec Kulim. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan ILJTM tentang kaedah melaksanakan projek KIK serta prosedur untuk menyertai pertandingan mengunakan format yang baru.
Pada 2/10/2018 telah diadakan sesi pengenalan kaedah pengundian secara atas talian menggunakan Sistem TMS yang dikenali sebagai Modul Student Representative Council. Taklimat lengkap tentang prosedur dan kaedah pengundian telah disampaikan oleh Puan Siti Nazeha dari BPSM. Dalam taklimat tersebut pelajar juga diberi peluang untuk menguji sistem tersebut sebelum menggunakannya pada hari pengundian sebenar. Penggunaan sistem atas talian untuk menjalankan proses pengundian adalah sangat memudahkan semua pihak kerana menjimatkan masa dan mengurangkan risiko berlaku kesilapan pengiraan undian.
Pada 2 Oktober 2018 telah diadakan bengkel pembangunan myPortfolio yang telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber,En Azizi b. Bahari. Semasa sesi bengkel, peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk membangunkan portfolio tersebut mengikut kategori kerja yang dilaksanakan di JMTI. Tujuan bengkel adalah untuk membangunkan portfolio semua kakitangan menggantikan Fail Meja yang mana perlu diselesaikan sebelum 25 Oktober 2018.
Pada hari ini telah diadakan sesi Taklimat Kesedaran EKSA kepada kakitangan bersempena dengan Majlis Pelancaran EKSA. Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha Jawatankuasa Latihan EKSA, Puan Hajah Syamsiah bt. Hj. Salleh.
Pada 27 Julai 2018, satu taklimat telah disampaikan oleh Pengerusi JK Latihan EKSA untuk semua pelajar baru yang mendaftar di JMTI. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada semua pelajar tentang kepentingan amalan EKSA dalam kehidupan seharian sebagai individu dan sebagai pelajar.