Author Archive admin

Byadmin

CABARAN TRANSFORMASI KUBIKEL SIRI 2

Bermula dari tarikh 10 Oktober sehingga 17 Oktober 2019, JK Promosi mengadakan pertandingan ‘CABARAN TRANSFORMASI KUBIKEL SIRI 2’ untuk mengekalkan konsistensi kakitangan dalam memastikan kekemasan dan kebersihan kawasan tempat kerja.

Byadmin

KURSUS AUDIT EKSA

Kursus Audit EKSA telah diadakan pada 19-20 Ogos 2019 di Bilik Kuliah CESS Aras 1. Penceramah yang telah dijemput adalah YM Raja Muhammed Bin Raja Daud dari ILP Arumugam Pillai yang merupakan Champion EKSA. Tujuan kursus adalah memberi pendedahan semula kepada semua juruaudit dan ketua zon dalam persedian menghadapi audit persijilan EKSA.

Byadmin

BENGKEL PENYEDIAAN PELAN LANTAI

Diadakan pada 15 Ogos 2019 di Makmal KDTS disampaikan oleh Pengerusi JK Latihan, Puan Roszaidah binti Mat Jihin. Tujuan bengkel adalah sebagai persediaan bagi lawatan audit EKSA yang mana menetapkan bahawa pelan lantai sebagai satu keperluan utama dalam permohonan untuk persijilan. Setiap zon telah menghantar wakil bagi menyediakan pelan lantai untuk zon masing-masing.

Byadmin

GOTONG ROYONG PERDANA 2019

Pada 8 Ogos 2019 telah diadakan gotong royong EKSA melibatkan pelajar dan kakitangan untuk membersihkan sekitar JMTI.

Byadmin

PERBINCANGAN EKSA DENGAN KONTRAKTOR DEWAN MAKAN

Pada 9 Julai 2019, JK Latihan telah melawat Dewan Makan JMTI untuk memberi penerangan tentang pelaksanaan EKSA di JMTI yang perlu dibuat oleh kontraktor. Puan Zubaidah yang merupakan Pengurus Dewan Makan yang baru berbesar hati untuk melaksanakan aktiviti EKSA seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa EKSA JMTI.

Byadmin

TAKLIMAT EKSA UNTUK KAKITANGAN & PELAJAR BARU JULAI 2019

Pada 3 Julai 2019 telah diadakan sesi taklimat Pelaksanaan EKSA di Auditorium JMTI, yang disampaikan oleh En Mohd Halil, AJK Latihan EKSA. Pelajar baru yang telah mendaftar adalah seramai 205 org. Selain itu, taklimat ini turut dibuat untuk kakitangan baru seramai 4 orang. Semoga dengan maklumat yang disampaikan semua warga baru JMTI akan lebih jelas dan faham kaedah pelaksanaan EKSA dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Byadmin

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU & KETUA ZON EKSA BIL 2/2019

Pada 3 Julai 2019, mesyuarat EKSA telah dijalankan bagi membincangkan semula hala tuju untuk persijilan EKSA dan aktiviti-aktivit yang akan dijalankan di semester baru. di samping itu Puan Zaulia telah dilantik sebagai Ketua Zon EKSA yang baru menggantikan ketua zon yang lama yang telah berpindah.

Byadmin

PRA AUDIT EKSA

Pada 22 Febuari 2019,telah diadakan pra audit EKSA oleh dua orang champion EKSA iaitu YM Raja Muhammed Bin Raja Daud dari ILP arumugam Pillai & En. Zahari Bin Zain dari ILP Kepala Batas.

Byadmin

KEMPEN ‘PENYERAGAMAN DESKTOP WALLPAPER’

JK Pengiktirafan telah membangunkan desktop wallpaper untuk semua kakitangan. Objektif utama adalah untuk memastikan keseragaman serta melahirkan kecintaan terhadap amalan EKSA di kalangan kakitangan.



Byadmin

TAKLIMAT EKSA UNTUK KAKITANGAN & PELAJAR BARU JANUARI 2019

Pada 9 Januari 2019 telah diadakan sesi taklimat Pelaksanaan EKSA di Auditorium JMTI, yang disampaikan oleh En Helmi, AJK Latihan EKSA. Pelajar baru yang telah mendaftar adalah seramai 145 org. Selain itu, taklimat ini turut dibuat untuk kakitangan baru seramai 4 orang. Semoga dengan maklumat yang disampaikan semua warga baru JMTI akan lebih jelas dan faham kaedah pelaksanaan EKSA dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.