Image

Kursus Networking Technology with IoT Applications in Digital Economy

Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) akan melaksanakan kursus Networking Technology with IoT Applications in Digital Economy pada 18 - 31 Oktober 2023 kepada peserta antarabangsa melalui program Malaysian Technical Cooperation Programme – Third Country Training Programme (MTCP-TCTP) 2023 di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Japan International Cooperation Agency (JICA). Seramai 10 orang peserta dari 7 negara akan menyertai kursus ini iaitu Cambodia (2 orang), Timor Leste (1 orang), Sri Lanka (2 orang), Bhutan (2 orang), Laos (1 orang), Vietnam (1 orang) dan Filipina (1 orang).

Kursus ini dilaksanakan bagi menyahut cabaran semasa iaitu menjadikan rangkaian komputer sebagai nadi kepada transformasi digital yang semakin berkembang pesat. Melalui kursus ini, peserta berpeluang untuk menimba pengetahuan secara teori dan amali berkaitan teknologi rangkaian komputer, pengurusan dan penyelenggaraan sistem rangkaian menggunakan pelbagai sumber, penggunaan teknologi sistem terbenam dan pengaturcaraan Python. Semua pengetahuan dan kemahiran teknologi rangkaian dan IoT yang diperoleh melalui kursus ini adalah berpotensi untuk diaplikasikan oleh peserta dalam konteks Ekonomi Digital.

Selamat berkursus kepada semua peserta MTCP-TCTP 2023.