PENGENALAN KURSUS:
Objektif Diploma dalam Teknologi Kejuruteraan Mekatronik adalah untuk menjana graduan yang berkebolehan seperti berikut :-
- Berpengetahuan dan mahir di dalam bidang Mekatronik.
- Berketerampilan dalam menyelesaikan masalah dalam mengintegrasikan sistem elektronik, komputer dan mekanikal.
- Berkemahiran dalam meyelenggara peralatan industri berteknologi tinggi.
- Berkebolehan dalam merekabentuk sistem automasi dengan menggunakan sistem kawalan yang sesuai.
TEMPOH LATIHAN:
36 bulan @ 3 tahun
6 semester (5 semester pengajian, 1 semester latihan industri)
SYARAT KEMASUKAN:
Syarat Am:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
- Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Syarat Kursus :
Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas)
Memiliki SPM sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dengan:
(a) KEPUJIAN Matematik / Matematik Tambahan;
(b) KEPUJIAN Bahasa Melayu; dan
(c) KEPUJIAN Sains / Sains Tambahan / Sains Gunaan / Fizik / Kimia / Subjek Teknikal
PERSIJILAN:
- Diploma Teknologi Mekatronik ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 MC-091-4 : 2013 Pentadbiran Kejuruteraan Automasi Industri – Industrial Automation Engineering Administration ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
STRUKTUR PROGRAM:
Diploma dalam kurikulum Teknologi Kejuruteraan Mekatronik memberi tumpuan kepada teori asas dan khusus, amalan asas dan khusus serta pengurusan kejuruteraan Mekatronik dengan kursus tambah nilai Bahasa Jepun.
Semester 1
|
Semester 2
|
Semester 3
|
Semester 4
|
Semester 5
|
Semester 6
|
KEMUDAHAN MAKMAL:
- Makmal Robotic
- Makmal Plant Diagnosis System
- Makmal Mechatronic
- Makmal Mechatronic Computer
- Bilik Projek TKM
- Makmal Process Control
- Makmal Electric Motor
- Makmal Factory Automation
- Makmal Programmable Logic Controller
- Makmal Hydraulic
PELUANG KERJAYA:
Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, pelajar boleh mencari peluang pekerjaan seperti:-
- Penolong Jurutera Mekatronik
- Pemprogram Mekatronik
- Juruteknik Sistem Mekatronik
- Juruteknik Penyelenggaraan Mesin
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional
BIASISWA / PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pembiayaan latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK), Dermasiswa b40 JPA