PROSEDUR TUNTUTAN SIJIL & SURAT TAMAT LATIHAN
PERMOHONAN SURAT TAMAT LATIHAN
-
Untuk pelajar yang telah selesai latihan industri pada sesi 1-2022 dan memerlukan Surat Pengesahan Tamat Latihan, borang permohonan perlu diisi di pautan disediakan.
-
Surat akan diemel kepada pemohon dalam tempoh 5(lima) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
-
Pelajar perlu menjelaskan semua bayaran yuran terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Surat tamat latihan tidak akan dikeluarkan sekiranya pelajar mempunyai hutang dengan institut.
PERMOHONAN TEMUJANJI/POS SIJIL & TRANSKRIP
-
Sukacita dimaklumkan para graduan JMTI boleh mengambil Skrol & Trankrip bermula pada 15 JULAI 2022.
-
Para graduan adalah diwajibkan membuat temujanji terlebih dahulu untuk pihak institut menyediakan dokumen berkaitan.
-
Graduan diwajibkan untuk mengisi maklumat dan mematuhi tarikh dan masa yang dipilih. Jumlah maksimum kapasiti graduan adalah seramai 30 orang sahaja dalam sehari untuk mengambil skrol/transkrip.
-
Perkhidmatan Pos sijil/transkrip adalah TIDAK DITAWARKAN oleh pihak Institut bagi mengelakkan kehilangan Sijil/Transkrip. Walaubagaimanapun, graduan boleh memohon untuk perkhidmatan pos dengan pembiayaan kos sendiri dan tanggungjawab sendiri.
-
Pihak institut tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan dan kehilangan sijil/transkrip semasa proses penghantarannya.
PERMOHONAN SEMULA SIJIL JABATAN TENAGA MANUSIA
-
Untuk kehilangan sijil JTM, graduan boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang B-Borang Permohonan Surat Pengesahan/Sijil Gantian.
i. Sijil hilang - hanya akan digantikan dengan Sijil Pengesahan
ii. Sijil salah cetak - akan di ganti dengan sijil cetakan semasa.
- Perlu Dilampirkan bersama-sama adalah:-
ii. Laporan Polis
iii. Salinan Kad Pengenalan
3. Permohonan boleh dihantar melalui email seperti berikut persijilanjtm@gmail.com.
PERMOHONAN SEMULA SIJIL JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
-
Untuk kehilangan sijil JPK, graduan perlu membuat permohonan dengan melayari laman sesawang JPK