Nama Program : Sesi Penyerahan Intubation Box , Face Shield dan Frame Face Shield kepada Pasukan Barisan Hadapan
Tarikh : 10 April 2020 ( Jumaat)
Masa : 2.30 petang hingga 4.00 petang
Setelah bertungkus lumus menyiapkan keperluan seperti face shield dan intubation box bagi kegunaan pasukan frontliners, hari ini team CSR JMTI telah membuat serahan peralatan tersebut kepada tempat-tempat yang memerlukannya.
10 unit intubation box telah diserahkan kepada Hospital Seberang Jaya dan Hospital Kepala Batas.
Di Hospital Bukit Mertajam pula, pasukan CSR JMTI telah menyerahkan 5 unit Intubation Box, 66 unit Foam Face Shield dab 60 unit 3D Frame Face Shield
Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah juga telah menerima 153 unit Foam Face Shield dan 60 unit 3D Frame Face Shield. Selain daripada itu, pihak JMTI juga telah meminjamkan 2 unit Air Cooler kepada PKD SPT.
Turut menerima PPE yang dihasilkan oleh CSR JMTI adalah Klinik Kesihatan Bukit Minyak, dimana 66 unit Foam Face Shield dan 60 unit 3D Frame Face Shield telah diserahkan.
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
#COVID19 #StayAtHome #StaySafe
#jmti #iamjmti #ILJTM #TVET
#PerintahKawalanPergerakan
#CSRJMTI #JMTIbantu #unsungHERO
#RedefineSkillsTraining
#jommasukjmti