
SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA JMTI Pulau Pinang
Satu Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan di Dewan Serbaguna JMTI yang melibatkan Jabatan dan Unit serta semua pelajar JMTI. Majlis berlangsung sekitar jam 11 pagi hingga 3 petang.
Kemeriahan tergambar bilamana beberapa acara dipertandingkan antaranya Pertandingan Pakaian Terbaik peringkat pelajar dan juga kakitangan lelaki dan perempuan serta acara Booth Raya tercantik yang melibatkan semua Jabatan serta Unit.