
Pada 8 Mei 2023 , Bahagian Teknologi Kejuruteraan Mekatronik JMTI bersama Bahagian CESS JMTI telah menghadiri sesi perbincangan khidmat nasihat kejuruteraan bersama syarikat Ann Joo Steel Berhad, Pulau Pinang. Delegasi JMTI adalah seperti berikut:
1) Tn Hj Muzafar Shah bin Mohd Shah (KJ ECS & PA)
2) En Irwan Affandi Bin Abdul Rahman (KB TKM)
3) En Zambri Bin Abdul Halim (Pengajar BTKM)
5) En Mohamad Fauzi bin Abu Bakar (Pengajar BTKM)
6) En Hishammudin Bin Ahmad (Pegawai CESS)
Antara perbincangan dan kerjasama yang bakal dijalankan adalah seperti berikut:
1) Latihan secara teori dan praktikal berkenaan Predictive Maintenance kepada team Condition Based Maintenance (CBM) Ann Joo Steel Berhad yang baru ditubuhkan.
2) Khidmat nasihat kejuruteraan berkaitan CBM menjurus kepada Vibration Analysis kepada peralatan-peralatan atau mesin-mesin Ann Joo Steel Berhad.
3) Pihak JMTI juga telah menunjukkan secara hands-on bagaimana kaedah Vibration Analysis dijalankan ke atas sebuah Water Pump Ann Joo Steel Berhad yang bermasaalah.