
Pada 17 April 2023, BKKL JMTI telah menganjurkan satu Taklimat Penyediaan Dokumen ISO – Rekod Penyampaian Pengajar & Rekod Kehadiran Pelajar khusus untuk semua pengajar di JMTI. Taklimat telah disampaikan oleh En. Khairuddin bin Abdul Rani, mantan Pengerusi QMT JMTI. Tujuan taklimat tersebut untuk memberi penerangan semula kepada semua pengajar tentang penyediaan dokumen termasuk pelarasan yang telah diputuskan hasil perbincangan Mesyuarat QMT institut. Bermula pada sesi 1/2023, semua pengajar akan menggunapakai format terkini dokumen ISO yang telah diedarkan oleh ibu pejabat.