Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi sesi 2/2022

Image
Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi sesi 2/2022 diadakan bermula 27 hingga 29 Disember 2022. Verifikasi pada kali ini melibatkan semakan portfolio, peperiksaan akhir teori dan amali serta pembentangan projek tahun akhir untuk seramai 92 orang calon. Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik pada kali ini adalah En. Khairol Anur bin Adenan Bashah dari ILP Kangar untuk bidang Mekatronik, En. Adi As Siddiq dan Puan Nurul Hanida binti Abd. Wahab dari ILP Nibong Tebal untuk bidang Komputer Sistem, En. Mohd Zaidi bin Zainol dari ILP Perai untuk bidang Elektronik serta En. Hasri bin Abd. Hamid dan En. Mohd Fikri bin Abu Hassan dari Adtec Kulim untuk bidang Pembuatan (Pemesinan). Lawatan verifikasi ini adalah untuk membuat pengesahan terhadap pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia untuk program tahap tunggal dan pelbagai tahap yang dijalankan di JMTI.
 

Klik untuk lebih lanjut

© Hakcipta Terpelihara 2023 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Jumaat 17 Mac 2023.
13577631 Jumlah Pelawat