
Lawatan dari Kelab Kerjaya SMK Machang Bubuk, Bukit Mertajam ke JMTI pada 23 November 2022 terdiri daripada 36 orang pelajar bersama 2 orang guru pengiring. Rombongan pelajar telah diberi taklimat berkaitan peluang melanjutkan pengajian di JMTI dan halatuju selepas SPM serta dibawa melawat makmal dan bengkel untuk melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebenar di JMTI. Pendedahan ini diharap mampu memupuk minat pelajar untuk menjadikan aliran kemahiran sebagai pilihan pertama.