Taklimat Penyelarasan Soalan Peperiksaan Akhir

Image
Taklimat Penyelarasan Soalan Peperiksaan Akhir anjuran BKKL JMTI diadakan bermula pada 20 hingga 22 September 2022 melibatkan semua pengajar Mekatronik, Pembuatan, Komputer, Elektronik dan Subjek Umum. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Zainol bin Abdul Razak, pegawai BKKL yang juga merupakan panel pembangun soalan lantikan JPK.
Tujuan taklimat adalah untuk memberi penerangan tentang format soalan peperiksaan akhir terkini yang akan digunapakai bermula Sesi 2/2022 merujuk memo arahan yang telah dikeluarkan oleh ibu pejabat. Selain dari itu, semua pengajar turut diterangkan tentang kaedah pembangunan soalan objektif, struktur dan esei berpandukan panduan pembangunan soalan dari JPK.
© Hakcipta Terpelihara 2023 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Jumaat 17 Mac 2023.
13577481 Jumlah Pelawat