LAWATAN KOLABORASI JMTI bahagian Teknologi Kejuruteraan Mekatronik ke kilang Ann Joo.

Image
Lawatan ini telah diadakan pada 21 Julai 2022 bertempat di kilang Ann Joo dan disertai oleh 5 kakitangan JMTI. Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan kursus-kursus jangka masa pendek yg terdapat di jmti. Bagi kursus predictive maintenance (vibration analysis) for rotating machinery, Bahagian Teknologi Kejuruteraan Mekatronik JMTI menawarkan kelas praktikal dijalankan di premis industri masing-masing supaya peserta mendapat gambaran yang sebenar tentang aktiviti pembelajaran. Bagi menarik minat pihak Ann Joo , satu ujian precision diagnosis telah dibuat terhadap salah satu motor blower, 250 KW yang terdapat di sana. Sesi penerangan pendek kepada jurutera dan pengurus penyelenggaraan Ann Joo terhadap keputusan analisis getaran dilakukan dan laporan analisis diberi secara percuma.
 
© Hakcipta Terpelihara 2022 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Selasa 06 Disember 2022.
2857 Jumlah Pelawat