
Tahniah diucapkan kepada pelajar JMTI, Mohamad Amirul Syameen Bin Mahazir atas kejayaan mendapat pingat gangsa dalam pertandingan Virtual Skills Malaysia 2021 bidang IT Software Solution for Business. Anugerah telah disampaikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan WorldSkills Malaysia 2021 anjuran WorldSkills Malaysia di Bangi Resort Hotel pada 26 November 2021. Majlis telah disempurnakan oleh YB Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
Tahniah kepada pelajar dan jurulatih, Puan Fauziah bt Mohamad atas pencapaian yang membanggakan dalam pertandingan kemahiran tahun 2021. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar JMTI untuk terus berjaya dalam bidang kemahiran pada masa akan datang.