Lawatan Kilang Punch Industry Prai ke Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)

JMTI, 21 Ogos 2017 (ISNIN) - Wakil dari Syarikat Kilang Punch Industry Prai telah datang untuk mengadakan sesi lawatan di Jabatan Teknologi Pembuatan yang mana ianya dihadiri oleh empat orang wakil pihak industri. Wakil JMTi diketuai En Yusry Bin Mohd Rahim selaku Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan beserta Senior Volunteer JMTI Mr. Fujimori turut serta dalam sesi lawatan tersebut. Lawatan ini bertujuan sebagai kerjasama industri untuk keperluan latihan dan pengambilan pelajar JMTI bekerja di syarikat tersebut. Semoga lawatan ini akan memberi impak yang positif kepada JMTI dan pihak industri.

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2023 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Jumaat 17 Mac 2023.
13577645 Jumlah Pelawat