Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

J

 

EPUN-MALAYSIA TECHNICAL INSTITUT (JMTI) telah dicadangkan oleh (Unit Perancang Ekonomi)EPU Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994. JMTi ditubuhkan pada 1998 hasil kerjasama teknikal dengan negara Jepun bermula secara rasmi dan diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia(JTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM). Institut ini dibina di tengah-tengah kawasan perindustrian bukit minyak bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir. JMTi menawarkan program-program peringkat SKM, Diploma dan Diploma Lanjutan. 

 

M

 

enawarkan program pengajian teknikal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara. ini bagi merealisasikan Wawasan 2020 yang mensasarkan 50% tenaga kerja berkemahiran tinggi. Program-program yang ditawarkan adalah selasara dengan keperluan industri semasa dan menggunakan kelengkapan peralatan bengkel berteknologi tingi dalam proses pengajaran.

 

T

 

erdapat 5 program utama yang ditawarkan iaitu Program Teknologi Kejuruteraan Elektronik , Program Teknologi Kejuruteraan Komputer, Program Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Program Teknologi Kejuruteraan  Pembuatan, Program Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu. Selain daripada itu Instutut juga menawarkan program-program jangka pendek dan program SKM.

 

I

nstitut telah menerima pelbagai peniktirafan bagi melengkapkan para graduan bai merebut peluang pekerjaan atau melanjutkan pengajian diperingkat yang lebih tinggi

 

Pengambilan ke JMTi dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan adalah secara Aplikasi Atas Talian (online) di Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online) bagi sesi kemasukan Januari dan di Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.moe.gov.my) bagi sesi kemasukan Julai. Bagi permohonan melalui Laman Web UPU, pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60 melalui kaunter BSN, ATM atau SMS Banking.

 

 

 

 

Syarat-syarat AM adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 17-35 tahun (semasa memohon)

3. Sihat tubuh badan & tidak mengalami sebarang kecacatan mental atau fizikal

 

Syarat Khas Program Teknologi Kejuruteraan :

 

DIPLOMA

KEPUJIAN dalam 4 matapelajaran berikut  :  

  • Bahasa Melayu
  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Sains/Fizik/matapelajaran teknikal
  • satu Matapelajaran lain serta LULUS Bahasa Inggeris.



ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf. Dengan kelulusan dalam matapelajaran Matematik,

Bahasa Inggeris, dan SATU (1) matapelajaran berkaitan Sains/ teknikal/ Vokasional pada peringkat SPM.


ATAU


Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf atau setaraf


ATAU


Sijil Vokasional dan Teknikal/ Kemahiran yang diiktifaf atau setaraf, dengan pengalaman bekerja dalam bidang yang

berkaitan selama SATU (1) tahun atau sekurang-kurangnya program bridging selama SATU(1) semester.




DIPLOMA LANJUTAN


Memiliki DIPLOMA JMTI atau Diploma Teknologi atau Diploma Lain yang setaraf dengannya dan memiliki

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang berkaitan.

JMTi menawarkan program sepenuh masa diperingkat DIPLOMA dan DIPLOMA LANJUTAN dalam bidang-bidang teknologi Kejuruteraan :

 

DIPLOMA

  1. DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKATRONIK
  2. DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
  3. DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER
  4. DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN
  5. DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMESINAN JITU

 

DIPLOMA LANJUTAN

  1. DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKATRONIK
  2. DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
  3. DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER
  4. DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

 

Selain dari program sepenuh masa, JMTi juga menawarkan kursus-kursus jangka pendek

PROGRAM SEPENUH MASA

  1. Diploma & Diploma Lanjutan: RM3000.00 setahun. 
  2. Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan. 
  3. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM400-RM500).

Manakala makan/minum disediakan secara PERCUMA kepada semua pelajar.

Pinjaman akan didaftarkan dibawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dibawah pentadbiran Kementerian Sumber Manusia (KSM).

 

KHUSUS JANGKA PENDEK

Yuran untuk kursus jangka pendek adalah berbeza mengikut kursus. Rujuk lampiran untuk maklumat lanjut berkenaan yuran kursus jangka pendek

 

JMTi telah menerima beberap pengiktirafan termasuklah:

 

1. Malaysia Qualification Agency (MQA) untuk program Diploma Teknologi Kejuruteraan

2. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 

3.  Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 

4.  Malaysia Productivity Corporation (MPC) bagi Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S

Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan JMTi berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)