Kata Aluan Ketua Jabatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer. Untuk makluman, jabatan ini adalah komited untuk mendidik tenaga kerja masa depan dimana bidang teknologi kejuruteraan komputer ini menyediakan pakej yang membolehkan setiap graduannya untuk berdaya saing dan berkemampuan untuk menempuh cabaran alam pekerjaan alaf baru ini. Bagi mencapai matlamat tersebut, selain aspek teori, pihak jabatan juga turut menekankan aspek kemahiran teknikal berkaitan perkakasan dan pembangunan serta rekabentuk sistem perisian komputer. Melalui program yang ditawarkan di jabatan ini, pelajar akan dibimbing melalui aktiviti makmal yang direka khusus untuk pelajar bagi melengkapkan kemahiran dan pengetahuan teknikal komputer yang diperlukan.

Penglibatan di dalam aktiviti ko-kurikulum juga turut ditekankan sebagai aspek penting dalam pembentukan kepimpinan dan pengurusan serta kemahiran komunikasi yang berkesan untuk persediaan dunia kerja yang mencabar.

Akhir kata, kami berbesar hati dan amat menghargai kunjungan anda dalam melayari laman web ini. Adalah diharapkan setiap komen dan cadangan yang diberikan akan dapat membantu pihak jabatan ini khususnya untuk bergerak ke tahap yang optimum dan secara tidak langsung mendorong pihak kami untuk terus mengekalkan kecemerlangan.

 

NORHAYATI BINTI ISHAK
Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer
Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

Pengenalan

Jabatan Teknologi Kejuteraan Komputer menawarkan Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer yang mengambil masa selama 3 tahun dan Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer selama 2 ½ tahun. Program ini bertujuan memberi latihan diperingkat pertengahan dan tinggi dalam bidang teknologi komputer untuk lepasan sekolah dan bagi yang mempunyai Sijil dan Diploma Kemahiran. Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam mengendalikan latihan separuh masa untuk pekerja mahir dan separuh mahir dari industri yang berkaitan.

Program ini menyediakan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengkhususan teknologi dan profesional komputer. Keutamaan modul latihan yang diberikan adalah dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran di dalam pembangunan dan rekabentuk sistem, pengendalian komputer dan sistem operasi, komunikasi data, manipulasi imej, pembangunan dan rekabentuk perisian komputer.

Graduan Teknologi Kejuruteraan Komputer berupaya untuk menyelenggara, membaik pulih serta mengenalpasti permasalahan berkaitan perisian, pengaturcaraan, perkakasan dan sistem komputer.

Objektif

Objektif Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer adalah untuk :

1. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang berpengetahuan dan berkemahiran teknikal.
2. Melahirkan juruteknologi kejuruteraan yang mempunyai etika kerja dan berdisiplin.
3. Menyediakan kursus yang berkaitan dengan teknologi terkini.
4. Membantu industri kecil dan sederhana ke arah pembangunan lestari.


 

Carta Organisasi

 

Program Pengajian

1. Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Komputer 

2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem) 

3. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem)

4. Diploma Kemahiran Malaysia (Computer System Administration : IT-020-4:2013) 

 

Subjek Ditawarkan

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER

Diploma dalam kurikulum Teknologi Kejuruteraan Komputer memberi tumpuan kepada teori asas dan khusus, amalan asas dan khusus  serta pengurusan kejuruteraan.

Teori & Praktikal :

  • Computer Networking (Basic Networking, Advance Networking)
  • Computer Programming  (C++, Object oriented Programming/ VB)
  • —Database (Mssql)
  • —Electronic (Digital Electronics, Basic Electrical and Electronic)
  • Operating System (Windows, Linux)
  • Hardware (PC Assemble, PC maintenance)
  • Web Application (Development & Services)
  • Data Telecommunication Engineering
  • Microprocessor
  • Microcontroller Technology
  • —Software Development
  • —IT Project Management

Praktikal :

  • Multimedia Applications
  • Computer Security

Subjek Umum:-

  • —Islamic Studies / Moral Studies
  • Technical English
  • Physics
  • Fundamental Mathematics
  • —Discrete Mathematics
  • Statistic & Probabilities
  • Human Factor Engineering
  • —Japanese Language
  • Entrepreneurship

DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER

Kurikulum Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer memberi tumpuan kepada teori khusus, amalan khusus dan pengurusan kejuruteraan. Bidang-bidang pengajian termasuk:

  • System Programming
  • Database System
  • Storage System
  • Web Engineering
  • Network Design
  • Embedded System
  • System Analysis and Design
  • Computer System Security and Recovery
  • Ethical Hacking
  • Management

Kemudahan Dan Prasarana

  • Electronic  Digital Lab
  • Storage System Lab
  • Advance Network Lab
  • Electronic Analogue Lab
  • Hardware Training System
  • Computer Maintenance Lab
  • Network Training System
  • Programming Training System
  • General Purpose Lab
  • Multimedia System
  • Database Training System
  • Windows NT Lab
  • Novel Netware Lab
  • Unix Lab
  • Staff Training Room
  • Training /Project Room
Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)